Monday, August 10, 2009

Maklumat terkini dari Ketua Jabatan Perdagangan

Hasil taklimat dengan Timbalan Pengarah 1 Politeknik Ungku Omar pada pagi 5/8/09 berhubung MC (cuti sakit) pelajar adalah seperti berikut:

1. MC pelajar masih dikekalkan sebagai TIDAK HADIR. Tandakan O dalam rekod kehadiran pelajar.
2. Tetapi dalam taklimat telah diputuskan bahawa Ketua Jabatan boleh MEMBERI KEBENARAN kepada pelajar berkenaan bagi kes-kes yang 'genuine'.

Sebelum bertemu dengan Ketua Jabatan, pelajar hendaklah:

a. Bertemu Penasihat Akademik untuk
b. Sahkan MC berkenaan.
c. Isi 'Borang Cuti Pelajar'.
d. PA memberikan ulasan dalam 'Borang Cuti Pelajar". i.e menyokong atau tidak dan berikan justifikasi.
e. Menghantar Borang Cuti Pelajar kepada KJ melalui Raja Khadijah.
f. KJ akan memberikan kebenaran dan mempertimbangkan sama ada kedatangan dikira sebagai tidak hadir atau hadir.
g. Jika KJ menyokong kedatangan dikira sebagai hadir, tanda O dalam rekod kehadiran pelajar sebelum ini ditandakan huruf 'K" di tengah bulatan.
h. Dalam perkara g di atas, pelajar dikira hadir dengan kebenaran KJ.


Sekian. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment